Sewa rumah cuma RM124 sebulan: Ini cara memohon rumah PPR Disewa
Bagi memberi peluang dan membantu segenap masyarakat mempunyai tempat berteduh, pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa.
Skim ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah, dengan sewa pada kadar RM124/sebulan.
Ciri Rumah PPR Disewa
- Kawasan bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Reka Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-syarat Memohon
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan;
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat dan ingin memohon, senarai PPR Dimiliki boleh dilihat di laman TEDUH KPKT atau KLIK SINI
Senarai rumah itu juga akan dikemas kini dari semasa ke semasa, di mana terdapat tarikh tutup permohonan bagi setiap projek yang dibuka.
Pengguna boleh klik pada projek PPR Disewa yang disenaraikan, dan klik pada butang ‘MOHON DI SINI’ di projek yang dinyatakan.
Jika terdapat sebarang persoalan dan pertanyaan berkenaan skim bantuan ini, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi talian:
- 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
- 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
- 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Maklumat berkenaan PPR Disewa juga boleh dibaca – DI SINI.