Permohonan Bantuan Kewangan Geran RM500-RM1,000 Dari YP. Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan Geran RM500-RM1,000 Dari YP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan Kewangan Geran RM500-RM1,000 Dari YP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
- Geran Pra Siswazah: RM500
- Geran Pasca Siswazah: RM1,000
Maklumat penuh mengenai geran boleh rujuk di sini: KLIK SINI
Syarat Kelayakan
Pemberian masih dikekalkan bermula tawaran di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat Kedoktoran (PhD) di mana tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Siswazah dan peringkat Sarjana serta Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah. Bagi kategori Geran Pra Siswazah akan menerima RM500 manakala Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1000.
PENERIMA HANYA BOLEH MEMOHON SEKALI SAHAJA BAGI SETIAP KATEGORI. JIKA PELAJAR TELAH MENERIMA GERAN IPT SEMASA ASASI/MATRIKULASI/TAMHIDI/PRA/DIPLOMA ADALAH TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON GERAN PRA SISWAZAH (IJAZAH SARJANA MUDA).
Pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kepada anak-anak Pahang yang Berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.
Cara Memohon Bantuan
Untuk memohon bantuan geran, anda boleh melakukan secara online di pautan berikut: https://eyayasan2.yp.org.my/egeran/