Permohonan Bantuan RM3,600 telah dibuka: Pendapatan bawah RM3,000 boleh mohon sekarang

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

 

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai BKPKK sebanyak RM3,600 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM3,600

BKPKK adalah sebuah bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan dengan nama penuhnya Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).

Bantuan ini pada asasnya melibatkan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan selama dua semester pengajian (setahun). Makanya, nilai keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM3,600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Dimaklumkan bahawa pelajar yang menerima bantuan ini perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran BKPKK boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, boleh hubungi Unit Biasiswa Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi atau merujuk di Portal Rasmi KPM – DI SINI dan DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *