Pendapatan Isi Rumah Kurang RM2,000. Ini Cara Memohon Bantuan KISS RM200 Sebulan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang ramai terlepas pandang adalah Bantuan KISS RM200 sebulan yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Manfaat Kad KISS

  • Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  • Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  • Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  • Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Apakah Bantuan KISS?

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
  4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun ATAU
    di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  5. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,000.00
  6. Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai sebagai golongan
    miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.

Cara Mendaftar

Untuk mereka yang berkelayakan, anda boleh mendaftar dan membuat permohonan di pautan berikut: https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *