Bantuan RM150 ‘one-off’ diberikan tanpa mengira pendapatan: Senarai penerima bulan Mac ini
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Bantuan-bantuan ini diperkenal dan dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat bagi menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini. Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat lalu.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan:-
Bantuan RM150 ‘one-off’
Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diberikan secara ‘one-off’ dengan kadar RM150. Bantuan ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua murid dan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.
Malah, bantuan ini diberikan kepada semua murid Tahun 1 sehingga Tingakatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Maka, sekiranya sebuah keluarga itu memiliki 5 orang anak yang sedang bersekolah, maka kelayakan BAP adalah sebanyak RM750.
Pembayaran Bantuan Tunai
Pembayaran BAP telah pun mula diagihkan pada bulan Januari 2024 lalu. Manakal, bagi murid tahun 1, pembayarannya mula dibuat pada bulan Mac 2024. Kaedah pembayaran pula adalah secara pengambilan tunai di sekolah atau dikreditkan terus ke akaun pelajar.
Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta sebelumnya.
Elaun murid berkeperluan khas juga dinaikan dengan diperuntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta sebelumnya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pada tahun ini, pihak Kerajaan juga akan membina 26 buah prasekolah baharu dengan peruntukan sebanyak RM82 juta ringgit. Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) rentas kementerian juga akan ditubuhkan bagi menetapkan sasaran serta langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
“Kerajaan menyediakan 100 juta ringgit untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM. Wakil industri juga akan turut terlibat sebagai tenaga pengajar dan membekalkan peralatan dalam meningkatkan minat murid mempelajari STEM.
“Kerajaan akan terus memperkasa dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas. 18 blok baharu pendidikan khas akan dibina dengan kos RM180 juta. Ini antaranya melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; SK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato’ Ali Ahmad, Perlis,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.
Selain itu, bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT), RM300 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang. Ia termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan insiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2024, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.