Pendapatan bawah RM5,000/sebulan: Ini cara memohon bantuan GAM sebanyak RM20,000

Untuk memberikan peluang kepada semua peringkat masyarakat dalam menjana pendapatan, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Antara yang diperkenalkan itu termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Geran Agropreneur Muda (GAM). Geran ini pada asasnya adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

GAM akan diberikan dalam bentuk barangan dengan nilai maksima RM20,000 per individu. Malah, bantuan ini juga tidak perlu dibayar balik.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  • Boleh membaca, mengira dan menulis;
  • Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) atau yang diiktiraf oleh MAFI;
  • Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
  • Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
  • Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.
  • Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Syarat Tambahan GAM

Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan atau Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan. Ia boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan geran ini boleh dibuat di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut:

  • Borang Pendaftaran UAM berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport (rujuk Lampiran 1);
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 2);
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran UAM (Lampiran 1) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
  • Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI; atau
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

Borang-borang berkenaan boleh dimuat turun di portal rasmi MAFI atau DI SINI (klik pada butang ‘Borang’).

Bagi maklumat terperinci berkenaan GAM, sila baca dan rujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *