MARDI buka pengambilan jawatan kosong terkini: Tarikh tutup permohonan 23 Februari 2022
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
PEMBANTU AWAM – GRED H11
- Pusat Tanggungjawab: Pusat Penyelidikan Kejuruteraan
- Taraf Jawatan: Contrac For Service (CFS)
- Tempoh Perkhidamatan: 1 Tahun
- Gaji: RM1,200 (Secara Pukal)
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas dan tidak lebih 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki sekurang-kurangnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
- Membantu kerja-kerja penyediaan tanah bagi penanaman nanas;
- Membantu kerja-kerja penenaman sulur nanas;
- Membantu kerja-kerja penyelenggaraan tanaman nanas termasuk pembajaan, penyemburan hormon, perumpaian dan lain-lain;
- Membantu kerja-kerja penunaian nanas;
- Membanu kerja-kerja pengujian mesin/jentera alat yang dibangunkan;
- Membantu kerja-kerja pengambilan data kajian.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan boleh dikemukakan dengan mengisi Borang MDI.1 Pindaan 1/2013 (muat turun DI SINI – PDF).
Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan Sijil Digital Vaksinasi C-19, serta dihantar ke alamat:
Pengurus, MARDI Pontian, KM 53, Jalan Johor, 82000 Pontian, Johor (U/P: Shahdatul Syafiqa Binti Faid)
Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 FEBRUARI 2022 (RABU).
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.