Jawatan Kosong Badan Berkanun Kerajaan MARDI Januari 2025: Kelayakan STPM / Diploma
Badan Berkanun Kerajaan melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Badan Berkanun Kerajaan MARDI
PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
- Gred Jawatan: Setara dengan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
- Taraf Jawatan: Contract for Service (CFS)
- Pusat Tanggungjawab: Pusat Perancangan Strategik Dan Pengurusan Inovasi (PI)
- Penempatan: Pusat Perancangan Strategik Dan Pengurusan Inovasi (PI)
- Gaji: RM1,900 (secara pukal)
- Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek Sains; atau
- Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Sijil Matrikulasi dalam jurusan sains dan aliran teknikal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); atau
- Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya); atau
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma Sains Veterinar/Haiwan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
- Membantu perancangan, penyelarasan dan pelaporan dasar, hala tuju dan garis panduan di peringkat Institut dan Kementerian;
- Membantu perancangan, pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta projek perkhidmatan Institut;
- Membantu perancangan, penyelarasan dan pelaporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di peringkat Institut dan Kementerian;
- Membantu pelaksanaan inisiatif pemajuan perancangan strategik dan pengurusan inovasi Institut;
- Membantu aktiviti berkaitan termasuk menyediakan dokumen, mengumpul serta menganalisis data bagi bidang tugas 1 hingga 4.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang MDI.1 Pindaan 1/2013 secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan ke alamat e-mel: noah@mardi.gov.my
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 15 Disember 2024.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.
Info Tambahan
MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.
MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.