Fasa 1 dibayar pada bulan hadapan: Ini cara semak status kelulusan permohonan BKM

Sesuai dengan pengumuman kerajaan melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM.

BKM adalah sebuah bantuan kewangan daripada kerajaan bagi membantu golongan B40 dan M40 dalam usaha meringankan beban perbelanjaan mereka. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM:-

Kadar BKM

BKM diberikan kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM2,500 dan RM5,000 dari kategori Isi Rumah, Warga Emas/Tiada Pasangan dan Bujang.

Berikut adalah jumlah bayarannya:

  1. Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 dan ke bawah):
    • RM1,000 – belum mempunyai anak
    • RM1,500 – sudah mempunyai 1-2 orang anak
    • RM2,000 – sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  2. Isi rumah (Pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000):
    • RM400 – belum mempunyai anak
    • RM600 – mempunyai 1-2 orang anak
    • RM800 – mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  3. Warga Emas / Tiada Pasangan (Pendapatan RM5,000 dan ke bawah):
    • RM600
  4. Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM350

Tarikh Pembayaran BKM

Berdasarkan maklumat diberikan melalui portal rasmi BKM, pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun dengan nilai-nilai yang ditetapkan.

Advertisement
Advertisement

Berkenaan tarikh rasmi pembayaran BKM, ia masih belum dimaklumkan oleh pihak kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Namun, pembayaran BKM di bulan mana telah pun diumumkan iaitu:

  • Fasa 1 – Mac 2022
  • Fasa 2 – Jun 2022
  • Fasa 3 – September 2022
  • Fasa 4 – Disember 2022

Semak Status Permohonan

Kepada yang telah membuat permohonan baru atau kemaskini BKM, semakan status permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BKM.

Caranya adalah dengan mengikuti tatacara berikut:

  • Pergi portal rasmi BKM – DI SINI;
  • Klik pada butang ‘Log Masuk BKM’;
  • Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan;
  • Klik pada butang ‘Semakan Status’.
  • Status BKM akan dinyatakan.

Untuk maklumat lengkap dan banyak lagi berkenaan BKM, sila rujuk – DI SINI (PDF).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.