Cara memohon bantuan kewangan TUNS RM3,000: Tarikh tutup permohonan 28 Februari 2022

Untuk membantu mereka yang memerlukan dan memperkasakan lagi ekonomi masyarakat, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Antara bantuan yang diperkenalkan termasuklah bantuan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) yang kini dibuka bagi tahun 2022. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kadar Bantuan

TUNS adalah sebuah bantuan pembiayaan secara geran yang diberikan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS juga adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

Kadar bantuan geran berkenaan adalah sebanyak RM3,000 yang diharapkan dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000;
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga bulan;
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima tahun.

Kelayakan Jenis Perniagaan

  • Minuman dan makanan;
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih;
  • Khidmat jahitan;
  • Pertanian/penternakan/perikanan;
  • Salon kecantikan dan gunting rambut;
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan;
  • Fotografi; dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan perniagaan yang ditetapkan – permohonan TUNS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi TUNS – DI SINI.

Bagi yang belum membuat pendaftaran, pendaftaran di sistem berkenaan boleh dibuat – DI SINI. Selepas pendaftaran maklumat peribadi dilakukan, sistem akan menghantar emel pengesahan.

Pengguna perlu menyemak semak e-mel masing dan pastikan anda membuat pengesahan. Tanpa pengesahan ini, pengguna tidak dapat meneruskan permohonan ini.

Bagi maklumat lengkap berkenaan TUNS dan gambaran bantuan ini secara lebih luas, sila rujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *