Bantuan kewangan RM450 sebulan: Syarat-syarat & cara memohon Elaun Pekerja OKU

Bagi menggalakkan golongan kurang upaya atau Orang Kurang Upaya (OKU) terus bekerja, mampu berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).

Melalui elaun ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM450 sebulan. Berikut adalah maklumat tentang bantuan dengan lebih lanjut: –

Kriteria Kelayakan Khusus

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

Kaedah Pelaksanaan

Bantuan ini akan dilaksanakan selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara atau yang terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Bagi memudahkan permohonan, pemohon juga diminta untuk membawa dokumen-dokumen sokongan ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Borang permohonan juga boleh dimuat turun – DI SINI.

Info rasmi berkenaan EPOKU boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *