Boleh Jimat Sehingga RM30 Sebulan. Ini Cara-Cara Daftar Skim Internet Selangor M40

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkemuka, Telekom Malaysia (TM) menawarkan Skim Internet Selangor khusus buat golongan M40.

Menerusi skim ini, kerajaan akan memperuntukkan subsidi internet melalui 8 pakej iaitu Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Untuk pengetahuan anda, setiap isi rumah yang melanggan pakej-pakej ditawarkan berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 – RM30 sebulan dalam tempoh setahun. Menarik kan? Pendek kata, anda dapat internet berkelajuan tinggi dengan harga minimum!

Skim internet ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima tahun.

Lingkungan gaji isi rumah kategori M40 pula hendaklah sekitar RM4,800 sehingga RM11,000.

Advertisement
Advertisement

Sementara itu, pelanggan unifi Home sedia ada tidak layak memohon melainkan masih mengguna unifi Lite atau Streamyx.

Melalui skim ini, anda boleh memilih di antara pakej keluarga (harga bermula dari RM117 ke RM267), pakej bujang (harga bermula dari RM138 ke RM228) atau pakej asas (RM119 dan RM189) mengikut kesesuaian masing-masing.

5 langkah mudah

Dengan hanya lima langkah mudah, anda sudah boleh membuat pemasangan di rumah. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian bermula 1 Julai menerusi laman https://sism40.com.my/.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian bantuan 03-50304595/4596.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.