Bantuan e-Tunai dinaikkan kepada RM200 secara “one-off”: Ini mereka yang layak & cara menebusnya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet 2023 yang mana Kerajaan setuju meneruskan bantuan e-tunai e-Pemula yang dilaksanakan sebelum ini.

Malah, e-Pemula akan ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelumnya. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan e-Pemula:

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 – 20 tahun dan  nstitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) / institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa bertujuan untuk menggalakkan transaksi secara tanpa tunai.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Menebus

Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Setiap penebus juga hanya boleh membuat penebusan di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat.

Berkenaan dengan pelaksanaan inisiatif ini, ia akan dilaksanakan pada tahun depan (2023) iaitu tahun pelaksanaan Bajet 2023.  Dimaklumkan juga bahawa inisiatif ini melibatkan peruntukan RM400 juta.

Dalam masa sama, Kerajaan turut meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia untuk membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya 30 ringgit untuk tempoh tiga bulan.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan di bawah Bajet 2023 boleh dilihat DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *