BKM Fasa 2023 Berjumlah RM350-RM3,000 Akan Disalurkan. Berikut Syarat Kelayakan & Senarai Penerima

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan & Senarai Penerima

  • Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih: menerima BKM
    sebanyak RM2,500
  • Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung empat orang anak: menerima antara RM1,000 – RM2,000.
  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000: menerima antara 500 hingga 1,250 ringgit bergantung kepada bilangan anak.
  • Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang: menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.
  • Ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000

Cara Memohon

Pihak kerajaan telah mempunyai data bantuan sebelum ini. Jika anda layak, akan akan menerima bantuan ini.

Tarikh Pembayaran & Maklumat Lanjut

Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bagi setia cawangan berdekat di pautan disediakan ini: Senarai Nombor Telefon Cawangan

BKM pada asasnya adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *