Permohonan tahun 2022 dibuka: Ini cara memohon Bantuan Sara Hidup RM300 bulan di bawah JHEV

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Bantuan Sara Hidup di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) sebanyak RM300 sebulan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah berumur 60 tahun ke atas kecuali sakit yang menghalang pekerjaan;
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tata tertib;
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK);
  • Permohonan tanpa mengemukakan pendapatan akan ditolak kecuali penyakit yang menghalang pekerjaan (memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan kewangan ini untuk meringankan beban tanggungan sara hidup Veteraan ATM dan tanggungan mereka yang hilang upaya, menghidap penyakit kronik, dan hidup dibawah paras garis kemiskinan (PGK) semasa.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) yang boleh dimuat turun di portal rasmi JHEV.

Borang itu hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya dan semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Maklumat lengkap dan borang permohonan bantuan ini sila lihat DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *