Ini Senarai Penerima Bantuan Kewangan ‘One Off’ MAIPk RM500 – RM700 Yang Anda Perlu Tahu

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah  Bantuan One Off MAIPk yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai  Bantuan One Off MAIPk yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Mengikut peringkat pengajian:

  1. SIJIL / MATRIKULASI /STPM / STAM / SPMV(KV): RM500
  2. DIPLOMA / DPMV(KV): RM600
  3. IJAZAH: RM700

Syarat Kelayakan Penerima

  • Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
  • Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
  • Advertisement
    Advertisement
  • Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  • Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  • Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tujuan Bantuan

Pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyediakan bantuan bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermastautin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang layak dan berminat, permohonan boleh dilakukan dengan melawati pautan berikut: KLIK SINI

Bagi yang ingin memohon anda perlu mengikuti langkah-langkah yang disediakan seperti di pautan berikut: KLIK SINI

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *