Ini senarai mereka yang layak & cara memohon Bantuan Kewangan BKPKK RM3,600/setahun

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai BKPKK di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan BKPKK ini:

Syarat-syarat Kelayakan

BKPKK adalah singkatan bagi Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) dan ia diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
  • Advertisement
    Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kadar BKPKK

Sumbangan BKPKK akan melibatkan dua semester pengajian sahaja (6 bulan bagi satu semester). Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan atau RM1,800 bagi satu semester.

Oleh itu, bagi dua semester, jumlah keseluruhan adalah sebanyak sebanyak RM3,600 (12 bulan/setahun).

Namun begitu, pelajar yang layak menerima BKPKK sepanjang setahun/dua semester hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Cara Memohon

Permohonan BKPKK boleh dikemukakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing dengan mengisi borang permohonan dan mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Bagi maklumat lengkap berkenaan BKPKK, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KPM (DI SINI) atau PAUTAN INI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *