Jawatan Kosong Sektor Kerajaan Ambilan Disember 2024: Minima Diploma Boleh Memohon

Sektor Kerajaan melalui Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA5)

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Gred Jawatan : FA5
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Gaji : RM1,929.89
  • Elaun:
    • Imbuhan Tetap Perumahan : RM300
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160
    • Bantuan Sara Hidup : RM350

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1.650.00); atau
  • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1.731.00); atau
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1.1812.00); atau
  • Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,974.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Membangun dan menguji aturcara bagi sistem LMS Universiti dan sistem lain dibawah PTj;
  • Menyelenggara sistem aplikasi sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa;
  • Membantu memberi latihan dan tunjuk ajar berkaitan penggunaan teknologi;
  • Memberi khidmat pelanggan bagi aduan sistem.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi. Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 13 Disember 2024.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Info Tambahan

UKM ditubuhkan pada 18 Mei 1970 dan ia bukan sahaja telah memenuhi visi para pengasasnya dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk pembelajaran dan keilmuan, tetapi juga berjaya melahirkan para intelektual dan cendekiawan yang menjadi kebanggaan negara.

Bermula dengan hanya tiga fakulti, UKM kemudiannya telah berkembang pesat dan kini UKM mempunyai 14 fakulti, 2 pusat pengajian, 13 institut penyelidikan dan dua entiti komersial iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd dan UKM Technology Sdn. Bhd. UKM bukan sahaja telah berkembang dari segi saiz, ia juga kini tersohor sebagai sebuah institusi penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk mengoperasikan pelbagai pusat penyelidikan.

Menyedari perubahan yang berlaku dalam lanskap akademik, UKM mengambil langkah mengatasinya. Salah satunya adalah melalui e-Pembelajaran bagi mempersiapkan pelajar melalui sistem pengajaran yang inovatif dan kurikulum yang berpandangan ke hadapan serta dapat memenuhi tuntutan keperluan ekonomi baru.

Kedua, UKM memupuk penyelidikan yang menawarkan solusi terhadap masalah yang mendesak dan pada masa yang sama terlibat dengan masyarakat dan industri, sebagai inisiatif pembangunan lestari baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *