Cara menebus Bantuan e-Tunai RM200 ‘one-off’ yang akan dilaksanakan tidak lama lagi
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Bajet 2023 iaitu Kerajaan telah setuju untuk meneruskan bantuan e-tunai e-Pemula.
Bantuan e-Tunai ini juga akan ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.
Tujuan utamanya adalah bagi meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Syarat-syarat Kelayakan e-Pemula
E-Pemula ini diberikan kepada golongan belia yang berumur 18 – 20 tahun dan termasuk pelajar institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) / institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Menebus e-Pemula
E-Pemula boleh ditebus melalui penyedia-penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Dimaklumkan bahawa setiap penebus hanya boleh dibuat sekali sahaja di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat.
Pelaksanaan e-Pemula ini adalah pada tahun hadapan (2023) sesuai dengan pelaksanaan Bajet 2023. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM400 juta.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan di bawah Bajet 2023 boleh dilihat DI SINI.