Bantuan Tambahan RM1,000 Telah Dikreditkan Bulan Ini (April 2025): Ini Maklumat Penuhnya
Selepas sebulan berpuasa dan meraikan kemenangan Aidilfitri bersama keluarga dan sahabat handai, kini tibalah masa untuk kembali semula ke rutin harian. Namun begitu, suasana Hari Raya masih terasa – lagu raya masih berkumandang di corong radio, kuih-muih masih tersusun di balang kaca, dan jemputan rumah terbuka masih lagi diterima walaupun Syawal sudah hampir ke penghujungnya. Inilah keunikan masyarakat kita, yang menjadikan Syawal sebagai bulan penuh keceriaan, silaturrahim dan kasih sayang yang berpanjangan.
Selepas beberapa minggu dipenuhi aktiviti kunjung-mengunjung dan perjalanan pulang ke kampung, ramai yang kini kembali ke bandar, kembali ke tempat kerja, dan kembali kepada tanggungjawab seharian. Walaupun perasaan rindu pada kampung halaman masih menebal, kehidupan mesti diteruskan. Anak-anak kembali ke sekolah, ibu bapa kembali ke pejabat, manakala para peniaga mula sibuk menguruskan perniagaan.
Namun, kembalinya kita kepada rutin tidak bermaksud kita harus melupakan nilai dan semangat Aidilfitri. Maaf dan memaafkan, saling menghargai, serta berkongsi rezeki dengan yang memerlukan adalah amalan yang sepatutnya diteruskan sepanjang masa, bukan hanya pada 1 Syawal.
Bagi mereka yang masih belum berkesempatan berkunjung ke rumah saudara-mara atau sahabat, bulan Syawal masih terbuka luas untuk menyambung hubungan kekeluargaan.
Dalam masa yang sama, pasca Aidilfitri juga adalah masa terbaik untuk kita menilai kembali keadaan kewangan, kesihatan, serta perancangan masa depan. Setelah perbelanjaan besar semasa musim perayaan, ini waktu yang sesuai untuk menyusun semula bajet dan kembali kepada gaya hidup lebih seimbang.
Prihatin dengan hal itu, terdapat Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan bantuan khas tambahan bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tambahan berkenaan.
Bantuan Tambahan Hari Raya Aidilfitri
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000. Bantuan khas tambahan ini diberikan kepada para penjawat awam negeri dan diperkenalkan susulan prestasi semasa kewangan negeri yang memberangsangkan.
Bantuan ini akan dimanfatkan oleh sekitar 18,000 penjawat awam negeri Selangor dan melibatkan implikasi kewangan lebih RM26 juta.
Pembayaran bantuan ini dibuat selewat-lewatnya pada 15 April 2025 dengan cara dikreditkan terus ke akaun penerima. Oleh hal demikian, bantuan tambahan ini tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana ia diberikan secara automatik kepada yang layak.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Sekangort turut memperkenalkan Insentif Khas Raya sebanyak RM250 kepada 50,000 penjawat awam Persekutuan dengan gaji RM3,000 ke bawah.
Setengah bulan elaun ataupun minimum RM500 turut diberikan kepada pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya, dan Penggerak Belia Selangor. RM500 pula disalurkan kepada para petugas masjid seperti nazir, imam, siak dan bilal.
Info Tambahan
Diperingkat Persekutuan, kadar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ditetapkan sebanyak RM500 dan RM250 secara ‘one-off’. RM500 diberikan kepada para penjawat awam Gred 15 dan ke bawah (setara Gred 56 dan ke bawah) termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak (Contract for Service, Contract of Service, pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP).
Pemberian RM500 turut merangkumi penerima berikut:
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
- Pegawai yang bercuti separuh gaji;
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji;
- Pegawai yang dipinjamkan/ ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya;
- Guru interim;
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Manakala, RM250 disalurkan kepada pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Pembayaran bantuan khas ini dibuat secara kredit terus ke akaun penerima pada 27 Mac 2025 (Khamis). Ia tidak melibatkan sebarang permohonan kerana diberikan secara automatik.
Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2025 pada 22 November 2024 telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam yang berada di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
Pembayarann bantuan khas itu dibuat sebanyak dua kali iaitu pada22 Januari 2025 dan pada bulan Mac 2025 (sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri).
Malah, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri turut diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan dengan kadar sebanyak RM200 secara ‘one-off’.



