Bantuan Sempena Ramadhan RM1,000 – RM2,000: Senarai penuh penerima & tarikh pembayaran

Pada tahun ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM1,000 – RM2,000

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan sebanyak RM1,000 dan RM2,000. Bantuan itu dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Bantuan itu nanti akan diberikan kepada para penjawat awam  gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dengan kadar RM2,000. Manakala, bagi para pesara Kerajaan pula akan menerima RM1,000.

Selain itu, pembayaran RM2,000 juga turut dipanjangkan kepada para lantikan MySTEP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024.

Pembayaran Bantuan

Berdasarkan kenyataan rasmi, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada 23 Februari 2024 nanti. Tarikh berkenaan dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak dan persiapan menjelang Ramadan serta Syawal nanti.

Ia akan dikreditkan secara ‘one-off’ ke akaun masing-masing yang layak dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

Dalam perkembangan lain, pihak kerajaan juga bersetuju untuk memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi bagi meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.

Belanjawan 2024 turut menyaksikan pelaksanaan program Pas Bulanan My50 tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. Manakala, untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.

Dokumen yang diperlukan untuk membeli pas ini adalah MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go. Namun, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak melanggan pas ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan – bantuan di Bawah Belanjawan 2024, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *