Dividen KWSP telah dimasukkan: Ini cara semak dividen dalam Akaun 1 & Akaun 2 secara online

Seperti mana yang telah diumumkan baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun mengisytiharkan agihan pendapatan kepada setiap ahlinya sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah untuk tahun 2021.

Pengumuman itu sekaligus menyaksikan peningkatan berbanding tahun 2020 iaitu dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.

Prestasi yang positif ini adalah hasil pendekatan kepelbagaian portfolio yang berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), yang memastikan KWSP bertahan terhadap kejutan kewangan serta kekal stabil dalam situasi yang tidak dijangka.

Dalam masa sama, setakat Disember 2021 – sekitar 37 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah di luar Malaysia dan merentasi pelbagai kelas aset. Malah, keseluruhan aset pelaburannya meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada RM1.01 trilion daripada RM1.00 trilion pada tahun 2020.

Jumlah keahlian dalam tabung kewangan itu juga meningkat sebanyak 2 peratus kepada 15.2 juta, manakala majikan yang berdaftar dengan KWSP pula berjumlah 553,000, setakat Disember 2021.

Advertisement
Advertisement

Cara Semak Simpanan KWSP

Untuk setiap ahli KWSP, semakan simpanan dan dividen di Akaun 1 serta Akaun 2 boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal i-Akaun KWSP – PAUTAN INI.

Namun, untuk mereka yang belum membuat pendaftaran i-Akaun – pendaftaran boleh dibuat mana-mana Kaunter atau Kiosk Cawangan KWSP berhampiran.

Setelah itu, ahli boleh mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima selepas pendaftaran. Dimaklumkan bahawa, pengaktifan itu perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran i-Akaun dibuat.

Ini adalah cara membuat semakan tersebut:

  • Pergi portal i-Akaun KWSP – DI SINI;
  • Isi ID Pengguna;
  • Isi Kata Laluan;
  • Klik pada butang ‘Log Masuk’;
  • Klik pada menu ‘Akaun Perivadi’;
  • Baki simpanan di Akaun 1 dan Akaun 2 akan dinyatakan.

Bagi banyak lagi maklumat terkini berkenaan KWSP, sila rujuk di portal rasmi KWSP – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *