Berumur 18-60 Tahun. Ini Cara Memohon Bantuan TEMAN Tekun RM1,000 – RM10,000
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah TEMAN Tekun yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Kewangan oleh TEMAN Tekun yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Skim Bantuan Pembiayaan TEMAN Tekun?
Menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Bumiputera atau Masyarakat India ( menerusi Dana SPUMI )
- Berumur 18 – 60 tahun.
- Telah menjalankan perniagaan , mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
- Mempunyai lesen / Permit / Daftar Perniagaan ( SSM ) yang sah.
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile )
- Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
Jumlah & Tempoh Pembiayaan
- Pembiayaan pertama dari RM1,000 sehingga RM10,000
- Pembiayaan seterusnya sehingga RM20,000
- Tempoh pembiayaan adalah antara 6 bulan sehingga 5 tahun
Syarat-Syarat Pembiayaan
- Membentuk kumpulan lima ( 5 ) orang usahawan ( lelaki dan wanita ) dari kenalan / rakan perniagaan yang boleh dipercayai dan menjalani latihan asas pembiayaan TEKUN Nasional.
- Ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
- Ahli kumpulan merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah disisi undang-undang.
- Perniagaan ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain dalam lingkungan KURANG daripada 10 kilometer dan bergantung kepada lokaliti perniagaan kumpulan
- Membayar balik secara mingguan / Dwi mingguan / Bulanan / PD Cheque.
- Menghadiri perjumpaan TEMAN setiap minggu di tapak perniagaan / Pejabat TEKUN Cawangan / tempat yang bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
- Pembiayaan Bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun atau separuh baki pembiayaan dibenarkan.
- Perlindungan di bawah Insuran Takaful ( Pembiayaan ) dan Insuran Hayat & Kemalangan
- Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
- Simpanan wajib 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.*Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional.
*Untuk keterangan lanjut sila rujuk Laman Web TEKUN Nasional : www.tekun.gov.my
Bayaran Balik
- Berkonsepkan jaminan & kerjasama di antara ahli kumpulan.
- Kutipan dilaksanakan semasa perjumpaan kumpulan TEMAN setiap minggu.
- Ikrar TEMAN TEKUN dibaca secara individu atau berkumpulan pada setiap perjumpaan mingguan.
Cara Memohon
Untuk mereka yang berminat dan ingin memohon, boleh hubungi nombor pejabat TEKUN cawangan berdekatan anda. Nombor-nombor cawangan berdekatan boleh didapati di pautan ini: https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/ (KLIK SINI)