Pelbagai jawatan kosong sedia dimohon di Yayasan Felda: Senarai jawatan & cara memohon
Yayasan Felda kini sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Jawatan Kosong
- PEGAWAI PENILAI KURSUS VIDEO/PRODUKSI FILEM
- Taraf jawatan: Kontrak
- Penempatan: Kolej Yayasan Felda, Jalan Meranti 2, Feldajaya Utara Trolak, 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.
- TENAGA PENGAJAR KURSUS PENGURUSAN BAHAGIAN MAKANAN&MINUMAN
- Taraf jawatan: Kontrak
- Penempatan: Kolej Yayasan Felda, Mempaga 1, 28600 Karak, Pahang
- TENAGA PENGAJAR KURSUS PENGURUSAN PEJABAT
- Taraf jawatan: Kontrak
- Penempatan: Kolej Yayasan Felda, 1, Persiaran Delima, Felda Raja Alias, 72100 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 21 tahun;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya, kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia;
- Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (DKM);
- Mempunyai Sijil Pengajar Vokasional (VTO) melalui pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran;
- Mempunyai Sijil Induksi PP-PPD-PPB;
- Boleh berkomunikasi dan mengajar dengan baik;
- Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman mengajar kursus kemahiran.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dikemukakan secara atas talian (online) – DI SINI.
Calon dalam masa sama dikehendaki mengisi butiran diri, taraf pendidikan dan sebagainya di borang atas talian berkenaan dengan tepat dan benar.
Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 29 JANUARI 2022, SABTU.