Pendapatan isi rumah bawah RM4,849: Cara memohon bantuan kewangan RM500 ‘one-off’ dari YR

Seperti mana yang ramai sedia maklum, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Antaranya melalui Yayasan RISDA (YR) yang telah memperkenalkan sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU). Ini adalah penerangan berkenaan SIPU: –

Jumlah Bantuan

Pada asasnya, SIPU adalah sebuah skim bantuan yang memberikan kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak Pekebun Kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian di University College Agroscience Malaysia (UCAM).

Kepada yang layak, mereka boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ seorang.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan;
  • Telah melapor diri di UCAM;
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM;
  • Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di UCAM sahaja;
  • Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa).
  • Advertisement
    Advertisement

Cara Memohon SIPU

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Yayasan RISDA, permohonan SIPU boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan Risda yang boleh dimuat turun – DI SINI.

Borang permohonan yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Kad pengenalan pelajar;
  • Kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat tawaran;
  • Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).

Ia seterusnya perlu dihantar ke Pejabat RISDA berdekatan untuk tujuan pengesahan. Manakala, permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat – tidak akan dipertimbangkan.

Dimaklumkan juga bahawa keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad dan tidak tertakluk memberi alasan kepada sebarang penolakan permohonan.

Bagi maklumat lengkap berkenaan SIPU, sila baca secara teliti – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *