Senarai Penuh Penerima Bantuan Tunai RM100 Dikreditkan Setiap Bulan Ke Dalam IC/MYKAD tahun 2024

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, Bantuan bukan sahaja diberi secara tunai, tetapi juga dengan kaedah-kaedah lain yang memberi kemudahan kepada rakyat.

Untuk menambahbaik kaedah bantuan diberi. Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan yang akan diterangkan seperti berikut:

Bantuan RM100 Setiap Bulan

Bermula tahun 2024, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).

Prosedur Bantuan Disalurkan

Pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200).

Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedaikedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan
menggunakan myKad.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Senarai Penuh Kelayakan Penerima

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat Data e-Kasih

Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.

Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).

Penafian

Lama sesawang ini hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan. Segala permohonan dan hal berkaitan perlulah dirujuk dan melayari laman sesawang asal bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *