Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan Insentif Tunai RM2,000 bulan ini (Februari 2024)
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Insentif Tunai
Pada tahun 2024 ini, pihak Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 di bawah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada para penerima berikut:
- RM2,000: Diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000: Diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Dalam masa sama, bayaran insentif berjumlah RM1,000 juga diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Pembayaran Insentif
Pembayaran insentif ini akan dibuat kepada yang layak secara kredit terus ke akaun penerima. Pengkreditan pula akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024.
Tarikh itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal nanti.
Dalam perkembangan sama, pihak kerajaan turut bersetuju untuk memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi bagi meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak, sebagai langkah menggalakkan penghasilan batik Malaysia berkualiti tinggi.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan – bantuan di Bawah Belanjawan 2024, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.