Pengambilan jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negeri: Gaji sehingga RM2,983, Elaun RM695
Majlis Sukan Negeri Kelantan kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Majlis Sukan
PEMBANTU OPERASI – GRED N11
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,216 – RM2,983
- Elaun: RM695
- Kenaikan Tahunan: RM80
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buka pengambilan banyak jawatan: Gaji RM2,500 – RM18,000
- Banyak jawatan kosong terk ini di UiTM sesi Disember 2022: Gaji RM3,070 hingga RM14,587.54
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan.
Borang permohonan perlu dilampirkan bersama resume dan salinan dokumen-dokumen sokongan (disahkan) kemudian perlu dihantar ke alamat:
Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Wisma Sukan Jalan Telipot, 15150, Kota Bharu, Kelantan atau ke alamat e-mel: msnkelantan@gmail.com dengan tajuk ‘Permohonan Pembantu Operasi Gred N11’.
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan segala maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 12 Januari 2023.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh di teliti DI SINI.