Ini senarai penerima yang layak mendapat BMT Tambahan RM200 yang dibayar pada bulan ini
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
BMT pada asasnya merupakan bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan yang dikendalikan oleh RISDA kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan ini telah pun disalurkan kepada yang layak pada bulan November dan Disember tahun lalu dengan jumlah sebanyak RM600 (RM300 bagi setiap fasa).
Akan tetapi, nampaknya pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan BMT sebanyak RM200, seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet Mini 2023 di Dewan Rakyat.
Bantuan tambahan RM200 untuk diberikan kepada setiap penerima pada bulan Januari 2023.
“Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarat-syarat Kelayakan BMT
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
Dimaklumkan bahawa, permohonan BMT telah pun dibuka bermula pada 05 Mei sehingga 15 September 2022.
Makanya, mereka yang layak menerima BMT Tambahan adalah para penerima sedia ada yang telah mendapat RM600 sebelum ini.
Semakan kelulusan permohonan boleh dirujuk di Portal Semakan BMT – DI SINI.