Bantuan RM1,000 mula dibayar pada bulan ini: Berikut senarai penerima & semak layak atau tidak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada mereka yang memerlukan serta berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM1,000

Berdasarkan pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari – pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebanyak dua bulan setengah gaji.

Bantuan kewangan ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri berkenaan sebagai usaha menghargai khidmat cemerlang serta komitmen mereka dalam memastikan perkhidmatan kerajaan negeri kekal berkesan.

Bantuan Khas ini kali pertama telah dibayar sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 melalui Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

Manakala, BKK kali kedua pula dibayar pada 29 Disember lalu iaitu dengan nilai sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bagi pembayaran kali ketiga, ia akan dilaksanakan pada bulan Februari 2023 ini dengan kadar sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Pembayaran pada bulan ini diharapkan dapat meringankan beban penjawat awam dalam menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kaedah Pembayaran

Berkenaan dengan kaedah pembayarannya, ia akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Dimaklumkan juga bahawa pemberian bantuan kha ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian Bantuan Khas Kewangan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Sumber: Berita Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *