Permohonan telah ditutup: Ini jumlah bantuan & tarikh pembayaran BKM Fasa 1
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan kerajaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia mengikut kelayakan dan kategori masing-masing.
Bagi kelayakan penerimaan bantuan, BKM diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Kadar Keseluruhan BKM
Mereka yang layak, akan menerima bantuan kewangan BKM seperti berikut:
Dalam masa sama, terdapat isi rumah yang akan menerima bayaran tambahan BKM iaitu:
- Tambahan RM500: Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300: Penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.
Tarikh Pembayaran
Dimaklumkan bahawa permohonan baru dan kemaskini BKM telah pun ditutup pada 31 Januari 2022 yang lalu.
Pembayaran BKM pula akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun, dengan jumlah bayaran bagi setiap fasa yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Berkenaan tarikh pembayaran BKM Fasa 1, ia masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Akan tetapi ,BKM Fasa 1 dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022, selepas sebulan proses saringan dan kelulusan BKM dibuat.
Bagi maklumat lengkap berkaitan BKM, ia boleh dirujuk – DI SINI (PDF).