Pendapatan Isi Rumah RM5,880 & Ke Bawah. Permohonan Bantuan URUS dilanjutkan hingga 31 Mac 2022

Telah diumumkan bahawa tarikh akhir penghantaran permohonan bagi bantuan URUS dilanjutkan sehingga 31 Mac 20222 daripada 31 Januari 2022.

Oleh itu, pelanggan B50 layak yang memerlukan lanjutan bantuan kewangan boleh memohon untuk URUS dengan bank mereka sehingga 31 Mac ini.

Ia berkata, pelanggan individu yang berada di bawah program bantuan pembayaran balik sedia ada disediakan oleh bank pada 30 September 2021 dan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan boleh memohon URUS.

Apakah Program URUS?

Program ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Syarat Kelayakan

  • Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
  • Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
  • Mengalami Kehilangan pekerjaan; ATAU
  • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%

Bantuan Yang Ditawarkan

Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.

PFP akan merangkumi:

  • Pengecualian faedah selama 3 bulan
  • Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Cara Memohon Bantuan URUS

Untuk memohon URUS, anda boleh menghubungi pihak bank masing-masing sehingga 31 Mac 2022.

Semakan Status

Pelanggan boleh menyemak status permohonan URUS masing-masing di pautan berikut: https://www.akpk.org.my/urusstatus

Maklumat Lanjut

Boleh pergi ke pautan berikut: https://www.akpk.org.my/my/urus

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *