Permohonan Bantuan Kewangan BMT RM600 dibuka sekarang: Mereka yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Antaranya melalui agensi-agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Ini kerana, RISDA telah memperkenalkan sebuah skim bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Kaedah Memohon

Pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022 sebanyak RM300 bagi setiap fasa (jumlah keseluruhan RM600).

Advertisement
Advertisement

Bagi tujuan permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di portal BMT RISDA – dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Manakala, bagi pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula hendaklah menyertakan dokumen sokongan:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dibaca dan diteliti – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *