Permohonan Bantuan Kewangan YAT RM250-RM750 Telah Mula Dibuka. Ini Cara Daftar & Mohon
Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan YAT yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Ihsan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Bantuan Kewangan YAT?
Pihak Yayasan Amal Tenaga di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad telah memperkenalkan Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (YAT).
Ia terbuka kepada keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah, sekolah menengah dan penuntut Universiti / Institusi pengajian tinggi sepenuh masa yang diiktiraf.
Pembahagian & Kelayakan
- Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM 250.
- Terhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM 500.
- Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak yang menuntut di Universiti / Institusi pengajian tinggi sepenuh masa yang diiktiraf dengan bantuan pelajaran berjumlah RM 750.
Maklumat Tambahan
- Satu keluarga hanya layak memperolehi salah satu daripada bantuan di atas.
- Tidak pernah menerima sebarang bantuan atau biasiswa daripada pihak lain bagi tahun 2021.
Cara Memohon
- Borang permohonan boleh didapati di pautan berikut: https://www.koptnb.com/pdf/BBP_YAT.pdf (KLIK SINI)
- Bagi penuntut universiti / Institusi pengajian tinggi, sila sertakan bersama borang permohonan dan surat pengesahan dari pihak Universiti / Institusi pengajian tinggi.
- Semua salinan dokumen dan salinan penyata gaji terkini telah disahkan oleh Ketua Jabatan tuan/puan bagi tujuan pengesahan maklumat yang dicatat.
- Sebarang penghantaran melalui fax / e-mel / pdf / ‘whatsapp’ tidak akan dilayan. Sila hantar permohonan melalui pos atau dihantar terus ke pejabat Yayasan Amal Tenaga.
- Sila isi borang pengisytiharan pendapatan yang disediakan jika tidak mempunyai pendapatan tetap / bekerja sendiri dan disahkan oleh Ketua Kampung/Nazir Masjid/Pengerusi Surau.
- Hanya cawangan bank yang terpilih seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Public Bank, Bank Islam dan BSN diterima.
Tarikh Tawaran
Permohonan ini dibuka mulai 03 Januari 2022 dan tarikh tutup adalah pada 15 Febuari 2022.