Dikreditkan Kepada Penerima Setiap Bulan: Ini Bantuan BWE RM500 & Senarai Penerima
Skim bantuan bulanan adalah perkara yang penting untuk sesetengah individu atau keluarga. Pihak kerajaan sentiasa prihatin dalam meneruskan skim bantuan seperti ini.
Untuk tahun 2024, salah satu bantuan yang akan diteruskan adalah Bantuan BWE di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Cara Semakan Tarikh Menerima Bantuan
Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:
- Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
- Tekan ‘Carian Dokumen’
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
- Masukkan nombor akaun bank anda
- Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
- Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
- Tekan butang ‘Cari’
- Maklumat pembayaran akan dipaparkan
Bantuan BWE RM500
Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Senarai Penerima & Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.
Permohonnya boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.
Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.
Penafian
Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.