Bantuan kewangan RM2,000 telah dikreditkan ke akaun masing-masing: Senarai penuh penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM2,000

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 secara ‘one-off’.

Bantuan kewangan ini diberikan kepada para penjawat awam negeri dengan peruntukan sebanyak RM18 juta. Ia adalah sebagai tanda menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam membangunkan Kelantan.

Dalam masa sama, bayaran penghargaan ini juga akan diberikan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras pusat Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN), penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru Fardu Ain serta guru jahitan dan dibayar mengikut kadar yang bersesuaian.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan kewangan ini telah pun dibuat pada bulan Februari 2024, secara kredit terus ke akaun penerima. Ia juga tidak melibatkan sebarang permohonan dan diberikan secara automatik kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Advertisement
Advertisement

Pada November 2023 lalu, Kerajaan Kelantan membentangkan Belanjawan 2024 Negeri dengan pecahan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.15 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM468.36 juta.

Kerajaan negeri juga dijangka akan memperoleh anggaran hasil sebanyak RM967.25 juta pada tahun 2024. Jumlah itu meliputi hasil cukai sebanyak RM224.94 juta, hasil bukan cukai RM364.05 juta dan terimaan bukan hasil RM378.26 juta.

Belanjawan yang bertemakan Kelantan Mampan Berkat Sejahtera itu bagaimanapun datang dengan defisit sebanyak RM178.49 juta.

“Meskipun defisit, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada projek atau program yang merangsang kemakmuran dan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat.

“Selaras dengan tema itu, perancangan berbelanja secara berhemat yang menjurus kepada lima teras iaitu pemerkasaan agama dan pendidikan (RM208.92 juta), rakyat sejahtera (RM375.61 juta), ekonomi progresif (RM349.7 juta), melestarikan alam sekitar (RM12.8 juta) serta ihtirafi tadbir urus (RM21.85 juta),” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassaruddin Daud ketika membentangkan belanjawan itu.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *