RM1,500 Dibayar Kepada Penerima Bulan Ini (Mac 2025): Ini Maklumat Lengkap Bantuan Khas 2025
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia disambut pada 1 Syawal setiap tahun selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Perayaan ini bukan sekadar hari kemenangan selepas menunaikan ibadah puasa, tetapi juga mempunyai pelbagai kepentingan dari segi agama, sosial, dan budaya.
Hari Raya Aidilfitri menandakan kejayaan umat dalam menunaikan ibadah puasa dan mengawal hawa nafsu sepanjang Ramadan. Ia juga menjadi simbol kesyukuran kerana diberikan peluang untuk beribadah dan meningkatkan ketakwaan.
Selain itu, Hari Raya juga menjadi masa untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, saudara-mara, dan sahabat handai. Tradisi balik kampung menjadi salah satu aspek penting dalam menyemarakkan sambutan ini. Selain itu, amalan bermaaf-maafan membantu menyuburkan kasih sayang dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Perayaan ini juga menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat. Ziarah-menziarahi antara jiran tetangga dan sahabat bukan sahaja mengeratkan hubungan, tetapi juga mencerminkan semangat toleransi dan keharmonian antara kaum. Ini dapat memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Hari Raya juga mengingatkan umat Islam tentang kepentingan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik. Amalan membayar zakat fitrah sebelum Aidilfitri bertujuan untuk membantu golongan fakir miskin agar mereka turut dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan.
Selain itu, Hari Raya Aidilfitri juga memainkan peranan dalam memelihara adat dan budaya masyarakat Melayu. Amalan seperti mengenakan pakaian tradisional, menyediakan juadah istimewa seperti ketupat dan rendang, serta mengadakan rumah terbuka adalah antara elemen penting yang mengekalkan warisan budaya.
Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar hari untuk bergembira, tetapi juga mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupan umat Islam. Ia mengajar nilai kesyukuran, persaudaraan, dan kebersamaan yang harus diteruskan sepanjang tahun. Dengan semangat Aidilfitri, marilah kita terus memperkukuhkan hubungan sesama insan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Dalam masa sama, terdapat juga pemberian inisiatif kewangan yang diperkenalkan bersempena perayaan ini. Berikut adalah maklumat tentang Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju memberikan bonus raya atau Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,500 bersempenan sambutan perayaan itu tahun ini.
Bantuan khas ini akan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’ kepada para penjawat awam negeri Perak. Dianggarkan sekitar 13,582 penjawat awam negeri layak menerima bantuan khas ini nanti.
Dalam masa sama, bantuan ini turut akan diberikan guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) dan pekerja sambilan harian. Bayaran bantuan ini akan dibuat pada 24 Mac 2025 nanti secara kredit terus ke akaun penerima.
“Kita berterima kasih kepada pasukan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang pandai menjimatkan duit yang akhirnya apabila saya sembang apa yang patut kita beri (BKK Raya) adalah RM1,500.
“Jadi semua ini adalah rahmat dan rezeki dari Allah SWT kepada kita, yang ada sumber mineral. Dan nikmat Allah itu juga datang dalam bentuk kestabilan politik,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000
Di samping itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memperkenalkan ‘duit raya’ atau Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bantuan sebanyak RM300 pula akan diberikan kepada penyelia, guru dan kakitangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR), sekolah menengah agama rakyat (SMAR), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan sekolah persendirian Cina di negeri itu.
Bantuan itu akan dikreditkan pada 19 Mac 2025 nanti dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.81 juta.
“Pemberian BKK itu tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi mereka.
“Ini termasuk dalam merealisasikan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.