Bantuan Khas Kewangan (BKK) Dibayar Bulan Disember 2024 Ini: Maklumat Lengkap Jumlah Bayaran

Penjawat awam memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara. Mereka adalah individu-individu yang berdedikasi, memberikan perkhidmatan dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, dan pentadbiran kerajaan. Tanpa usaha gigih penjawat awam, banyak aspek kehidupan harian kita mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kepentingan penjawat awam tidak dapat dinafikan, terutama dalam menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti kepada rakyat. Mereka adalah penggerak utama dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan, memastikan semua inisiatif sampai kepada masyarakat dengan berkesan.

Dalam bidang pendidikan, guru-guru memainkan peranan dalam membentuk generasi masa depan. Di sektor kesihatan pula, doktor, jururawat, dan petugas perubatan memastikan kesejahteraan rakyat. Manakala, pegawai keselamatan seperti polis dan tentera menjaga keamanan serta kedaulatan negara.

Selain itu, penjawat awam juga berperanan sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat. Mereka bukan sahaja menyampaikan maklumat tetapi turut menerima maklum balas daripada masyarakat untuk membantu kerajaan merangka polisi yang lebih baik. Kecekapan dan integriti mereka amat penting dalam mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran.

Namun, cabaran untuk menjadi penjawat awam tidak mudah. Mereka perlu sentiasa bersedia menghadapi tekanan kerja, perubahan dasar, dan ekspektasi tinggi daripada rakyat. Justeru, pengiktirafan dan sokongan kepada penjawat awam adalah amat penting bagi memastikan motivasi mereka terus terjaga, sekaligus membantu mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

Oleh hal demikian, ada pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah memperkenalkan inisiatif dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan atau BKK. Ini merupakan maklumat lebih lengkap berkenaan BKK yang telah diperkenalkan.

Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Antara negeri yang memperkenalkan bantuan ini adalah Kerajaan Negeri Perak iaitu memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri berkenaan.

Malah, bantuan itu turut diberikan kepada semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, ketua-ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak MySTEP.

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad – bayaran penuh bantuan khas ini akan dibuat pada minggu terakhir bulan Disember 2024.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri juga menyedikan peruntukan bagi Bantuan Am berjumlah RM31 juta.

“Memahami kekangan kos sara hidup yang kian menghimpit kehidupan golongan marhaen, sukacita saya mengumumkan, kadar bantuan am yang telah pun dinaikkan RM100 pada tahun 2024, akan ditambah RM100 lagi tahun hadapan, menjadikan bantuan kepada 6,100 penerima akan meningkat menjadi RM500 sebulan berkuatkuasa Januari 2025,” katanya.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Info Tambahan

Selain itu, Kerajaan Negeri  Kedah turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar  RM2,000 kepada para penjawat awam di negeri itu. Bantuan Khas Kewangan ini diberikan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri ke atas dedikasi mereka.

Akan tetapi, bantuan ini akan dibayar secara berperingkat dengan sebahagiannya akan disalurkan pada Mac tahun 2025, manakala bakinya pada Jun 2025.

“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM12 juta. Kerajaan negeri menghargai komitmen penjawat awam negeri dalam memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2025.

Kerajaan Negeri Sembilan pula mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri berkenaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan khas itu akan dibayar pada bulan Januari dan sebelum Aidilfitri Mac tahun 2025 sebagai tanda menghargai sumbangan dan pengorbanan pada penjawat awam negeri.

Bantuan itu turut disalurkan kepada 6,613 penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“BKK tersebut akan dibayar pada Januari dan sebelum Aidilfitri Mac tahun 2025 sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *