Cara menebus bantuan e-dompet RM150 yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022

Seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan akan meneruskan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Ia termasuklah usaha memupuk budaya transaksi tanpa tunai atau ‘cashless’ di premis perniagaan, dengan penggunaan e-dompet.

Oleh itu, di bawah Bajet 2022 – pihak kerajaan akan memperkenalkan sebuah program e-dompet yang dikenali sebagai e-Start.

Melalui e-Start para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima sumbangan kewangan sebanyak RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet masing-masing.

Cara Menebus

Jika di bawah Belanjawan 2021 kerajaan telah memperkenalkan program e-dompet yang dikenali sebagai eBelia – cara pelaksaan e-Start juga dijangka sama dengannya.

Makanya, para penerima e-Start nanti dijangka boleh menebus wang masing-masing melalui aplikasi e-tunai di bawah eBelia.

Advertisement
Advertisement

Aplikasi terlibat adalah seperti:

  • BigPay;
  • Boost;
  • ShopeePay;
  • Touch ‘n Go eWallet.

Oleh itu, para penerima boleh membuat penebusan di salah satu aplikasi terlibat dan penebusan itu hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Ini adalah tatacaranya:

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  • Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut.
    Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-tunai akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik (eKYC).
  • Langkah 4: Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan dan tekan “Hantar”.
    Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan pelbagai lagi inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022, boleh dirujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *