Berikut Merupakan Syarat & Cara Memohon Bantuan Kewangan BTYS RM400 Untuk Yang Berkelayakan

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, negeri atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan ialah Bantuan Kewangan BTYS yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan tersebut yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan BTYS

Kadar tetap Tingkatan 2 – 5 adalah RM400.00 bagi setiap pelajar.

Tujuan Bantuan

Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak (BTYS) bertujuan untuk:

  • Menyedia biasiswa kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang kurang berkemampuan.
  • Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.
  • Tapisan pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan per kapita keluarga dan pencapaian akademik yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
  • Pelajar TIDAK penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada daripada kerajaan atau pihak luar.
    Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Cara Memohon Bantuan

Borang permohonan diedarkan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS).

Maklumat Lanjut

Yayasan Sarawak,Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.

Tel : 6082-441686
Faks : 6082-440023
Emel : ys@yayasansarawak.org.my
Laman Web: www.yayasansarawak.org.my

atau Whatsapp Online

+6019 815 1686 (Pembiayaan Pendidikan)
+6013 839 5244 (Pinjaman Teknikal)
+6013 803 1158 (Bayaran Balik Pinjaman)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *