Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Mula Dikreditkan Februari Ini. Berikut Senarai Penerima
Setiap Kerajaan Negeri telah pun mengumumkan Bantuan Khas Kewangan masing-masing. Bantuan kewangan ini pastinya penting untuk mereka untuk menaikkan motivasi agar terus bekerja dengan kuat.
Salah satu bantuan tersebut adalah seperti berikut:
Bantuan Khas Kewangan RM1,000
Untuk maklumat semua, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM1,000.
Selangor memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kali Ketiga ini sebanyak setengah bulan gaji, dengan minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil.
Kerajaan Negeri sebelum ini telah menyalurkan BKK Kali Pertama sebanyak satu bulan gaji minimum RM1,000, dan ia telah dibayar sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Sementara itu, bagi BKK Kali Kedua, insentif satu bulan gaji minimum RM1,000, dengan anggaran
implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta, akan dibayar pada 28 Disember 2023 ini
Tarikh Pembayaran
Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, bantuan khas tersebut akan dibayar pada Februari 2024
Senarai Penerima
Semua penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor
Objektif Bantuan
Ia bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac 2024.
Cara Pembayaran
Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima pada Februari 2024.
Maklumat Bantuan
Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).
Maklumat Portal Selangor
Terima kasih kerana menggunakan Portal Selangor. Anda ada sebarang pertanyaan? Hantar maklumbalas seperti aduan, cadangan, pujian, pertanyaan, teguran berserta maklumat lengkap untuk kami bantu ke Sistem Pengurusan Aduan Awam Bersepadu Selangor:>>https://selangor.spab.gov.my
Maklumbalas diuruskan secara bersepadu oleh Bahagian Korporat, Pejabat SUK Selangor.
Maklumat Belanjawan Selangor 2024
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari telah membentangkan Belanjawan Selangor 2024 berjumlah RM2.53 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Bertemakan Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan, belanjawan tahun depan mengariskan empat teras utama bagi menjayakannya. Untuk membaca manfaat yang akan rakyat Selangor dapat, sila ke lawan web di bawah: https://www.selangor.gov.my/selangor/modules_resources/bookshelf/Selangorkini-Khas-Belanjawan-Selangor-2024/Selangorkini-Khas-Belanjawan-Selangor-2024.pdf