Bantuan Khas Kewangan RM2,500 Mula Dikreditkan Februari & Mac Ini. Berikut Senarai Penerima

Bantuan khas kewangan  kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ia akan memberi manfaat secara konsisten kepada golongan yang telah berjasa kepada negara atau negeri.

Pihak kerajaan tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri kepada mereka yang  berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan Khas Kewangan RM2,500

Untuk maklumat semua, Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 6,662 orang penjawat awam di negeri itu.

Menurut, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun,  bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Tarikh Pembayaran

Bonus berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024.

Senarai Penerima

6,662 orang penjawat awam di negeri itu.

Objektif Bantuan

Objektifnya agar bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Seperti disebutkan Menteri Besar Negeri Sembilanketika  membentangkan Belanjawan 2024 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-15 tahun lalu.

Cara Pembayaran

Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada bulan Februari dan Mac 2024.

Jumlah Keseluruhan Bantuan

Jumlah keseluruhan peruntukan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini ialah RM39.6 juta.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh hubungi seperti maklumat tertera di bawah:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Malek
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns@ns.gov.my
Koordinat: Lng 101.942277, Lat 2.725904

Maklumat Belanjawan Negeri Sembilan 2024

Kerajaan Negeri Sembilan  telah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.

Menurut Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan belanjawan bertemakan’Bersama Membina Negeri MADANI’, fokus belanjawan adalah kepada sembilan teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dan Skim Sejahtera Rakyat.

Belanjawan 2024 Negeri Sembilan merangkumi ekonomi, pelaburan serta infastruktur; pendidikan dan modal insan; kesejahteraan rakyat serta pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *