Ramai yang tak perasan: Ini cara membuat semakan & mendapatkan Wang Tak Dituntut secara online

Wang Tak Dituntut WTD pada asasnya merupakan wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun merangkumi:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan cara membuat semakan dan menuntut WTD:

Cara Semak WTD

  • Langkah 1: Layari portal eGumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia;
  • Langkah 2: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian;
  • Langkah 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar;
  • Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna;
  • Langkah 5: Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
  • Langkah 6: Klik “Cetak”, jika perlu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Membuat Tuntutan WTD

  • Langkah 1: Layari portal eGumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia;
  • Langkah 2: Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu);
  • Langkah 3: Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”;
  • Langkah 4: Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”;
  • Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”;
  • Langkah 6: Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan;
  • Langkah 7: Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

Proses pembayaran berkenaan akan dilaksanakan apabila lengkap disahkan. Dimaklumkan juga bahawa tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan WTD ini, sila rujuk di Portal Rasmi JANM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *