STR Fasa 3: Maklumat penerima, jumlah & tarikh pembayaran untuk B40 & M40

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ia termasuklah apabila Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat negara ini dari kalangan B40 dan M40. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40 bagi meringankan beban kewangan mereka. Ia juga adalah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Malah, dengan penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai
kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan STR bagi tahun 2024:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Untuk pembayaran STR 2024, pembayarannya bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun diberikan kepada mereka yang layak. STR Fasa 1 telah pun dibayar pada bulan Januari lalu, manakala Fasa 2 pula dibayar pada bulan April lalu.

Bagi pembayaran STR seterusnya iaitu Fasa 3 – ia dijadualkan akan dibayar pada bulan Ogos 2024 nanti. Akan tetapi, maklumat penerima dan jumlah bayaran belum lagi diumumkan secara rasmi. Maklumat berkenaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tentang jumlah keseluruhan pembayaran bagi setiap penerima pula, berikut adalah maklumatnya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM1,250
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,000
  • Bilangan anak 3 – 4: RM750
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR : RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR: RM600

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima melalui bank masing-masing. Sekiranya kredit berstatus gagal atau penerima tidak mempunyai akaun bank aktif – tuntutan tunai boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Permohonan STR

Untuk makluman, permohonan STR tahun 2024 dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara dalam talian (0nline) melalui Portal Rasmi STR. Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Dimaklumkan bahawa penghantaran secara e-mel tidak diterima sama sekali. Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR dan semakan status, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *