Peluang kerjaya terkini dibuka di Kementerian Perpaduan Negara: Tawaran gaji RM1,800/sebulan

Kementerian Perpaduan Negara kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong

PERSONEL MYSTEP

  • Taraf Jawatan: Kontrak (Personal MyStep)
  • Kluster Jawatan: Pembangunan Masyarakat
  • Kadar Upah: RM1,800/sebulan
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Berkemahiran dalam aplikasi Microsoft Office dan media sosial;
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan;
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Salinan sijil SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta sijil lain yang berkaitan;
  • Salinan Sijil Digital Lengkap Vaksinasi C-19;
  • Salinan Kad Pengenalan.

Dan dihantar dalam sampul surat dan dicatatkan “PERSONEL MYSTEP” di sebelah atas kiri sampul ke alamat:

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
Tingkat 9, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40517 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Puan Raja Nor Azah binti Raja Iskandar Shah)

Selain itu, permohonan juga boleh dikemukakan ke alamat e-mel: raja.norazah @perpaduan.gov.my.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dan menepati kelayakan. Calon juga bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat.

Tarikh tutup permohonan jawatan ialah pada 22 MEI 2022, AHAD.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan sila rujuk DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *