Bantuan BWE RM500 setiap bulan untuk mereka berumur 60 tahun ke atas: Berikut cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BWE RM500

BWE atau Bantuan Warga Emas adalah sebuah bantuan kewangan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini membabitkan sumbangan tunai sebanyak RM500 kepada warga emas berkelayakan.

Objektif utama BWE adalah bagi membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan JKM, pemohon atau wakil yang sah boleh membuat permohonan bantuan indi Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Setiap permohonan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara itu bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *