Senarai Penerima Bantuan RM1,200 Yang Dikreditkan Kepada Kategori B40. Berikut Cara Semak Kelayakan

Pihak kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat. Salah satu inisiatif yang diperkenalkan adalah bantuan yang dikreditkan terus kepada penerima yang layak.

Merangkumi peruntukan yang disediakan kerajaa, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan RM1,200

Di bawah Belanjawan 2023 yang lalu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan yang berkelayakan. Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah meluaskan lagi bantuan ini dengan jumlah bantuan tambahan seperti di bawah:

Mengambil kira maklum balas yang amat baik, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Ini bermakna bantuan itu adalah RM1,200 setahun.

Syarat-syarat Kelayakan Penerima

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Bayaran Dikreditkan

Pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200).

Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedaikedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan
menggunakan myKad.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *