Bantuan SMUE RM100 & RM500 tanpa had pendapatan: Permohonan dibuka sepanjang tahun

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang diperkenalkan sejak tahun 2009 kepada mereka yang berkelayakan.

SMUE ini pada asasnya merupakan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang bertujuan bagi memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor.

Kadar SMUE

Baucar Beli-Belah RM100

Ahli yang layak akan menerima baucar beli-belah RM100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka.

Khairat Kematian RM500

Tuntutan khairat kematian SMUE ini hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.

Jika nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.

Syarat-syarat Kelayakan

Kategori Warga Emas

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Kategori OKU

  • Warganegara Malaysia;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Baca juga:

Cara Memohon SMUE

SMUE boleh dimohon secara atas talian di Portal Rasmi SMUE atau mengisi borang permohonan secara manual dengan memuat turunnya melalui portal sama.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan dan dilampirkan juga bersama dokumen-dokumen berkenaan.

Ia seterusnya perlu dihantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran.

Permohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat

Maklumat lebih lanjut berkenaan SMUE ini boleh didapati DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *