Tidak semua layak terima BKM Fasa 4: Ini senarai mereka yang layak & tarikh pembayarannya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

BKM pada asasnya merupakan bantuan kewangan bersasar yang diberikan kepada rakyat Malaysia merangkumi golongan B40 dan M40 yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Kini, BKM telah pun selesai pembayarannya sebanyak tiga fasa dan hanya menanti fasa terakhir 2022 – BKM Fasa 4.

Akan tetapi, bukan semua kategori layak menerima BKM Fasa 4. Berikut disenaraikan maklumat berkenaan jumlah dan senarai penerima BKM Fasa 4 tahun 2022:

Penerima & Bayaran BKM Fasa 4

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600
    • Bilangan anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak lebih 3: RM300

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

Advertisement
Advertisement

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600
    • Bilangan anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak lebih 3: RM300

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600
    • Bilangan anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak lebih 3: RM300

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5,000
    • BKM Fasa 4: RM150

Baca lagi:

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKM Fasa 4 ini akan dilaksanakan bermula pada 15 November 2022 secara berperingkat.

Oleh itu, pembayaran akan disalurkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan atau ditebus melalui Kaunter Cawangan-Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan, ia boleh dibuat di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *