RM3,920 setahun untuk yang dari Keluarga B40 & M40: Cara mohon Bantuan Kewangan Asasi

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi diberikan kepada mereka yang daripada keluarga B40 dan M40.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Kadar Bantuan Kewangan Asasi

Bantuan ini pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian dengan pecahan berikut:

  • Elaun Wang Saku RM2,500/setahun;
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan RM1,420/setahun;
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi KPM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *